Robiyatul

Iluvislam=islam itu indah secangkil nostalgia untuk tatapan santai

Saturday, 29 October 2011

enjoy ngn sweetheart...

akhirnya dpt jgk kuar mkn ngan sweet heart ak dua org nie..g mkn tapi dieorg support bab die ade elaun x cm ak nie study tp x msuk..hihi so kne la perabih td...than mlm nie td tringan nk pkai inai plak mntg2 la wedding our neighbour td..kihkih happy tgk dieorg ketawa..cm nie..Hahahaha x hnti2 klo org tgk sure cancle jd menantu..:P
                                                                         kcik n dayah
berusaha tanpa jemu menggiling inai..haha
                             ak nie pown ade bakat lain tw tgk nie la salah satu cth hantaran kawin..kahkah..ak pown x tw la sapa org yg kurang bernasib baik tue trima hmper hasil kerja tgn ak nie....haha semoga die happy..khas uth bf my buddy..kcik..:)                                          

Friday, 28 October 2011

Semakin hampir...

semalam hari utk test jubah...terasa mcm ape tah...cm tah pape pown ade..pening2..ak sndri pown x tau ape yg ak nk sbnrnya...tgk cm tu rasa sayu plak...tp mse utk ak brtmpur x lama lg...dah nk tiba dah...20 hari jew lagi..tp rasa cm x standbay jew....ckp sal diri ni tringt plak,sjak2 dahnk exam nie slalu selisih fham ngan kwn2..msalah dtg bertubi2..cm dah start peperangan plak....padahal blum g.ntah la...ape la yg ptut ak wat eh rambut ak nie mkin hari mkn byk gugurnya..tp mak ckp klo utk kejayaan ape salahnya..urm...okey la mak yg ckp...:)
bakal siswi.....

Saturday, 15 October 2011

Kesedihan berkunjung kembali.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum....lama dah x update blog..bz sikit ngn exam...tapi kputusan sangat mngecewakan..kadang2 boleh jadi hilang pedoman,,'ya allah ku tidak terdaya lagi...ujian akan datang disaat kita mahu berhijrah kerana dia mahu mnguji hambanya benar2kah ape yg dilakukan...disaat kita rasa kita dah Paling teruk ada yg lagi teruk rupanya,disaat kita rasa kita hebat ade lagi yg lagi hebat..mudahan ak x putus asa ngan ujian ini yaallah....hanyai satu jew kekuatan ak..kau insan pengasih betapa ku mgharap hadirnya restumu ibu mbawa ku kesyurga....mendoakan kebahagiaan ank2mu ..

Saturday, 17 September 2011

Seorang Insan...



Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Friday, 16 September 2011

Kisah tauladan...

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]

Saturday, 27 August 2011

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم







Kepada Kalian,ingat nie sesungguhnya tidak melakukan kesilapan bukan Manusia namanya,tetapi daripada kesilapan kita menjadi lebih bijaksana pada masa depan.
Pengalaman adalah nama yang diberikan kepada setiap orang kepada setiap kesilapan &kepada kesilapannya....kesilapan lalu adalah cara terbaik untuk kita berubah drpd tidak tahu apa2(jahil) trutama ilmu agama...dan persediaan kita menghadap illahi.
Bersediakah kita dengan serba kekurangan ini...
Kematiaan itu menyakitkn apatah lagi seksaan atas dosa yg kita lakukan..sedangkn Nabi Muhammad s.a.w pun sakit yg dilafaskn pabila malaikat maut mencabut nyawanya....apatah lagi kita yg hidup dalam zaman yg moden tapi masih seperti hidup dlm zaman purba tentang ilmu &amalan agama islam...
Sambil mengigatkan saya juga mengingati utk diri sendiri.
Sesungguhnya yg benar itu datang dari Allah s.w.t,yg silap itu adlh kelemahan kata2 saya...

Saturday, 13 August 2011

Zahir

 سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Hari saya nk update tentang ape yg kaum Adam fikirkn....Kenapalah bila mula perkenalan kaum Adam nie suka dan lebih terpesona dgn yg zahir.Bkn nk cerita pasal sesiapa tp nk ckp berdasarkn pengalaman bkn pengamalan....Seringkali mula bicara 'salam hai saya nk berkenalan ngan awk bleh saya tengak awak nie cm alim,baik'pada hal x pnh knl pun dah tw baik ke tidaknye...x salah utk tmbh kenalan tp ble tgk jew gmbar dah terpaut..ntah ape latar belakang pown x tw....Ha mula la bila dah kenal siap pekej kapel lg ,marah2 kte perempuan tu la ini la..pd hal bnyk perkenalan kaum Adam yg mulakn dulu...kaum Adam nie die lmbt utk knl seseorang itu tetapi berbeza ngan Hawa lebih cepat mengenali seseorang tu...Nasihat utk yg menguasai ini ingat la jgn terlalu marasakan bahawa diri kita yg kuat sesungguhnye ada yg lebih berkuasa.....berhentilah drpd menindas insan yg lemah.....hargailah seorang insan itu seadilnya...